AKU DAN MESIN MASA

Bismillah...
Alkisah...

DeLoreon Back To The Future
Gambar Ihsan dari ENCIK GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat pagi. Mesin masa. Hurm. Untuk apa? Untuk Along kembali ke masa silam? Ubah masa silam Along? Masa silam yang dipenuhi kekhilafan dan dosa? Masa silam yang dipenuhi dengan perbuatan bodoh dan sia-sia? Masa silam yang dihantui kemalasan? Masa silam yang banyak mengajar Along tentang erti sebuah kehidupan? Masa silam yang telah menjadikan siapa diri Along sekarang ini? Masa silam yang sebenarnya, telah banyak memotivasikan diri Along untuk menjadi insan yang lebih baik? Masa sila itukah yang Along nak ubah?

Banyak cerita sains fiksyen yang Along dah tonton berkaitan dengan MESIN MASA. Sebagai contoh, BACK TO THE FUTURE. Korang pernah tengok cerita ni? Kisah seorang remaja bernama, Martin McFly dan kawan saintisnya Dr. Emmett Brown yang mencipta sebuah kereta diberi nama DeLoreon sebagai kenderaan merentas masa. Tetapi, sesuatu telah berlalku sehingga mengakibatkan Martin tersadai pada masa silam iaitu tahun 1955 kerana DeLoreon telah kehabisan Plutonium (macam minyak keretalah, tapi bukan minyak pun). Cerita panjang jadi pendek, pada tahun 1955 ni, Martin berjumpa dengan GEORGE remaja (Ayah dia) dengan LORRAINE remaja (Emak dia). kiranya waktu ni, ayah dengan emak dia belum kahwin lagilah. Konflik yang sedikit gila berlaku waktu ni adalah, LORRAINE jatuh hati dengan MARTIN. Gila tak? Orang yang bakal melahirkan kita, jatuh hati dekat kita? Apa berlaku andai si Martin ni, turut sama jatuh cinta dengan LORRAINE? Semestinya, Martin akan kekal di masa silam, dan tak kembali ke masa hadapan. Tapi, boleh ke begitu?

Ikut logik, Martin hanya akan lahir, andai LORRAINE dan GEORGE berkahwin. Betul? Setuju? Plot cerita BACK TO THE FUTUTRE ni, MARTIN tahu kebenaran tersebut dan tidak mahu kekal berada di zaman silam. Logik kan? Tapi, kalau martin ikutkan perasaan?Macam mana? hahaha. Adakah Martin akan menghilang daripada muka bumi? Lenyap sedikit demi sedikit? Semakin lama Martin semakin menjadi TRANSPARENT? begitu? Jadinya, Apa pula yang berlaku pada masa hadapan? Berubah? Adakah kehidupan keluarga GEORGE dan LORRAINE sahaja yang berubah? Keluarga mereka yang mengenali keluarga mereka, tak berubah ke? Terlalu banyak persoalan yang logik akal kita ada jawapannya.

Ramai orang terfikir nak kembali ke masa silam. Nak ubah semua kekurangan diri. Tapi, ramai orang terlupa, di saat otak mula berfikir secara rasional, di saat kita ingin kembali menjadi insan yang lebih baik, di saat kita ingin tinggalkan semua kekhilafan silam dan terus mengorak langkah megubah nasib hidup kita, bahawasanya, siapa yang menjadikan diri kita ketika ini, adalah diri kita sendiri.Diri kita yang telah melalui 1001 cerita suka dan duka sepanjang kita hidup pada masa silam kita. Jadinya, kenapa di saat kita dalam proses berubah ke arah kebaikan, kita mengharap agar dapat kembali ke masa silam? untuk ubah diri kita menjadi insan yang lebih baik? Rasa-rasanyalah kan, kalau dari dahulu lagi kita ni memang seorang yang baik, adakah kita akan kekal baik? Adakah pintu hati kecil kita akan diketuk seperti mana yang kita alami sekarang untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik? Jom kita fikir bersama.

Herm... Kerana itulah sampai sekarang, mesin masa hanyalah sekadar suatu IDEA yang cuba diketengahkan oleh orang-orang barat sejak dahulu kala lagi, IDEA yang tidak dapat direalisasikan langsung secara realiti. Namun, mereka sekadar realisasikannya dalam bentuk CERITA SAINS FIKSYEN. Persamaan MESIN MASA dengan CERITA SAINS FIKSYEN? Kedua-duanya adalah REKAAN MANUSIA SEMATA. Betul tak?

Kalaulah mesin masa itu wujud, kalaulah kan. Along tak nak kembali ke masa silam Along. Tapi, Along nak kembali ke zaman Nabi Adam. Hah! Zaman di mana Nabi Adam masih dalam syurga lagi. Untuk Along dapat halang Nabi Adam daripada memakan Buah Khuldi. Jadi, semua manusia akan kekal di dalam syurga Allah. Hah! Apa macam? Ada yang berfikir macam Along tak? Korang je yang fikir nak selamatkan diri sendiri. Along nak selamatkan kita semua. Bolehlah Along digelar HERO bagi MANUSIA.. hahaha. (poyo).

Kerana itulah Along berani menyatakan, MUSTAHIL untuk MESIN MASA itu WUJUD, SANGAT MUSTAHIL. TERLALU MUSTAHIL. Percayalah, Apa yang telah berlaku pada masa silam, adalah suatu sejarah yang sudah termaktub, suatu sejarah yang menjadikan siapa diri kita ketika ini. Sama ada kita ingin kekal seperti mana yang kita alami sekarang ini, atau kita ingin berubah menjadi insan yang lebih baik, itu terpulang kepada individu. Jangan BERANGAN untuk mengubah MASA SILAM. Tapi, kita perlu BERUSAHA mengubah masa sekarang kita agar kehidupan kita di masa mendatang, lebih baik daripada masa silam serta masa sekarang kita. NOKTAH!



n_n
Terima Kasih Sudi Baca...


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

AKU DAN EMPAYARKU RAHIM AIM

Bismillah,
Alkisah...

RAHIMAIM


Assalamualaikum dan selamat malam. Akhirnya, setelah sekian lama tiada sebarang perkongsian di blog, Along kembali untuk berkongsi cerita kepada korang semua. Dah 22 Januari dah. Bermaksud, dah 22 hari dah 2016 melabuhkan tirainya. Sungguh, masa berlalu begitu pantas. Umur pun semakin meningkat, Tolak tepi umur, tanggal 13 Januari yang lalu, SEMESTER 7 telah pun berakhir buat Along dan rakan-rakan seperjuangan yang lain di USIM. Semester 8 yang tak lama lagi berkunjung tiba, adalah SEMESTER PRAKTIKAL bagi kebanyakan dari kami PELAJAR TAHUN 4 USIM.

Ok, tolak ke tepi semua cerita di atas, kerana apa yang Along nak sampaikan pada malam ini ialah berkaitan dengan EMPAYAR yang Along cuba bina dan MASIH DALAM PROSES membinanya sehinggalah sekarang iaitu EMPAYAR yang diberi nama RAHIM AIM. Apa? Tak boleh ke sesebuah EMPAYAR di ambil sempena nama timangan Along sendiri? Salah ke? Ok, tahu, nama RAHIM AIM ni, ramai yang guna. Kalau korang SEARCH di MUKA BUKU, akan banyak akaun yang menggunakan nama yang sama. Tahu. Tahu sangat-sangat.

Tapi, sesiapa sahaja BEBAS untuk guna apa-apa nama di MEDIA SOSIAL bukan? Nama sama, bukan bermaksud orangnya sama. Kan? Perangai boleh jadi berbeza, umur pun berbeza Jadi, apa yang membezakan Along dengan pemilik atau pengguna RAHIM AIM yang lain? Semestinya ada 3 jenis perbezaan. Along adalah; 1) BLOGGER 2) VLOGGER 3) VINER. Setakat ni, Apa yang Along tahu, Along seorang sahaja yang buat 3 perkara ni dalam satu masa. RAHIM AIM yang lain buat ke? Hehehe.

Tak percaya?

1) Bila korang dah baca blog ni, maknanya korang tahulahkan Along seorang Blogger?
3) VINER : (RahimAim21 Vine)

EMPAYAR. Bila sebut empayar, seperti sesuatu yang sangat besar kan? sesuatu yang dikenali lah kan? Itulah cita-cita Along. Ingin dikenali, ingin jadi FAMOUS AMOUS dan juga POPULAR! Salah ke ada angan-angan sebegitu? Ibarat Mat Jenin sangat ke angan-angan Along ni? Tapi, biarlah Along dikenali kerana perkara yang baik-baik. Tak nak lah dikenali kerana Along ni PENJENAYAH atau MAFIA ANTARABANGSA atau PEROSAK AGAMA. Tak nak! Tak mahu! Biarlah Along dikenali kerana perkara yang baik-baik sahaja. Kerana kebaikan yang Along buat ke. hahaha. (Segala yang baik itu, datangnya daripada Allah, kau tiada apa-apa RAHIM).

Alhamdulillah, ramai orang kenal Along dengan nama RAHIM AIM. Ada kawan-kawan panggil Along dengan nama AIM, ada sebut AIM cara sebutan INGGERIS yang membaca maksud TUJUAN/ MATLAMAT/ MEMBIDIK. Ada juga yang sebut guna ala-ala melayu. Terpulanglah korang nak sebut macam mana pun. Kenapa Along tak guna RAHIM AIM untuk blog? Tu? Domain kan guna. Tapi, untuk kata ganti nama dalam penulisan, Along akan kekalkan penggunaan Along. Entahlah, rasa lebih dekat dengan pembaca. Ada juga perancangan nak guna kata ganti nama AKU, sebab lebih mudah, tapi tengoklah pada keadaan. Sebab dari awal niat, nak BINA EMPAYAR kata ganti nama ALONG untuk BLOG. Hahaha, EMPAYAR LAGI? Ala, benda berkait. Ok apa?

Along masih mencari-cari platform lain untuk meluaskan EMPAYAR RAHIM AIM. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, Along nak jadi seorang PENULIS NOVEL yang BERJAYA! Nak melangkah setapak lagi dalam perkara yang Along minati. Along ni tamak sangat ke sampai nak cuba buat semua perkara? Entahlah. Along cuma nak jadi VERSATILE. Boleh buat macam-macam perkara dan dalam masa yang sama, mampu memberi impak kepada kehidupan sesiapa sahaja yang ikuti perkembangan Along. Hah! Besar kan cita-cita Along? Along cuma nak buat sesuatu yang mampu beri manfaat buat orang lain dan dalam masa yang sama, sebagai memperingatkan diri Along sendiri bahawa Along adalah seorang Hamba dan kekal menjadi seorang Hamba yang bertuhankan Yang Maha Esa.

Korang yang nak sertai dan jadi sebahagian daripada empayar Along, korang boleh LIKE dan FOLLOW PAGE Along di: (RahimAim21)

Korang juga boleh FOLLOW Along di media sosial lain seperti yang tertera di bawah:

INSTAGRAM : (rahimaimdotcom)
TWITTER : (RahimAim21)

Terima kasih sudi baca...
n_n


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

AKU DAN BLOGGER PULAU PINANG ARZMOHA

Bismillah...
Akisah...

Bersama Blogger ARZMOHA di Nasi Kandar Beratur

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni Along nak kongsikan suatu coretan yang cukup ringkas buat bacaan korang semua. Ya, Along tahu, sudah agak lama Along tidak menulis sebarang coretan di laman perkongsian maya Along ni. Sabarlah, bukan tak ada IDEA untuk berkongsi sebarang cerita, cumanya, TIADA MASA yang sesuai sahaja untuk Along duduk di hadapan LAPTOP untuk Along taip satu persatu cerita buat bacaan korang semua.  Terima kasih buat semua yang masih setia, untuk berkunjung singgah ke blog Along, membaca hampir ke semua catatan peribadi Along, sama ada pengalaman ataupun berbentuk nasihat buat diri Along sendiri.

Oklah, daripada Along bercerita panjang perkara yang tidak berkaitan dengan topik catatan Along pada malam ini, lebih baik Along kembali kepada tajuk. Hah! Siapa kenal Abang ARZMOHA dari blog www.arzmoha.com. Kenal tak? Tahu tak? Pernah berkunjung ke blog beliau tak? Tak? Tak? Tak? Aduh! Ruginya korang... Korang patut cepat-cepat ke Blog beliau ok? Sebab beliau juga ada satu ENTRY berkaitan dengan apa yang Along bakal kongsikan pada malam ini :)

Siapa sangka, perkenalan kami yang bermula hampir setahun yang lalu, sekadar berhubung di alam maya kerana minat yang sama iaitu BLOG, berjaya dimeteraikan dengan sebuah perjumpaan. Alhamdulillah. Rasa macam mimpi pun ada. Tapi, tulah, rasa beruntung sebenarnya. Beruntung menjadi seorang BLOGGER. Dapat ramai kawan SERATA MALAYSIA. Dan salah seorangnya adalah beliau yang Along panggil sebagai Abang Arz. Seorang blogger dari PULAU MUTIARA yang sangat BAIK HATI dan berfikiran jauh dalam dunia BLOGGING. Seorang yang RAMAH juga mudah untuk dibawa BERBUAL. Senang cerita, sepanjang perjumpaan kami, Along tidak rasa KEKOK langsung. :)

Nak kata perjumpaan kami ini perjumpaan yang DIRANCANG, tidak juga. Sebab, Along sendiri pergi PULAU PINANG atas sebab menyertai suatu pertandingan yang dianjurkan oleh UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG. Kiranya, Along pergi bawah USIM, naik bas USIM, dengan pelajar-pelajar USIM yang lain dari JURUSAN KOMUNIKASI yang Along ambil. KEBETULAN, kebetulan sahaja ok? Along kongsikan dalam GROUP yang Along sertai dalam WHATSAPP bahawa Along berada di PULAU PINANG, dan Abang ARZ ada dalam group tu. Abg ARZ cadang ajak berjumpa. Along pun apa lagi. GEMBIRA SANGAT-SANGAT. Hahaha. Macam budak-budak kan? Bukan apa, bukan senang nak jumpa BLOGGER lain dalam dunia REALITI ni. Lagi-lagi BLOGGER yang duduk JAUH daripada tempat yang kita duduk. Korang mesti boleh bayangkan kan?

Along sanggup tahu, tak keluar dengan kawan-kawan Along yang lain? Diorang punyalah seronok pergi PESTA PENANG, Along sanggup tak pergi, asalkan dapat bersua muka dengan BLOGGER dari UTARA ni. FACE TO FACE bak hang!!! Bila lagi kan? Silap-silap, tak akan ada lagi ruang dan waktu serta peluang untuk kami berjumpa. Siapa tahu kan? Oklah, cerita panjang, jadi pendek. Abang Arz bawa Along jalan-jalan pusing-pusing sekitar Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam cerita kami bualkan. Dari penulisan blog untuk tarik pembaca, sehinggalah ke bab politik di Negeri masing-masing. Semuanya kami bualkan. POLITIK? Apa? Salah ke kami bincang bab tu? Ala, takkan itupun tak boleh?

Nasi Kandar Beratur Resipi Original Pulau Pinang

Akhirnya, kami tamatkan perjalanan kami berpusing-pusing sekitar Pulau Pinang dengan berhenti di kedai di atas. YA! NASI KANDAR BERATUR RESIPI ORIGINAL SEJAK 1943! Bila lagi kan nak makan Nasi Kandar original dari Penang? Atau lebih tepat, bila lagilah agaknya Along dapat pergi PENANG lagi? Silap-silap, inilah kali pertama dan kali terakhir aku ke PENANG. Siapa tahu, kan? Along ni, bab NASI KANDAR, tidaklah tahu mana. Cuma tahu sahaja tentang kewujudan NASI ni. Jadinya, inilah satu-satunya peluang untuk Along merasa sendiri NASI KANDAR. 

Nasi Kandar | Daging dengan telur

Oklah, sebabkan Along tak berapa nak PANDAI dalam memilih LAUK untuk NASI KANDAR, makanya, Along pilih lauk yang sama sahaja dengan apa yang Abang Arz pilih. Senang bukan? Hahaha. Dari pengalaman Along, yang pertama kali makan, rasa Nasi ni, herm..herm... SEDAP BAK HANG!!! Sedap sangat-sangat. Rasa PUAS HATI sebab dapat merasa salah satu MAKANAN TRADISI orang-orang Pulau Pinang ni. InsyaAllah, suatu hari nanti, bila berkunjung singgah ke Pulau Pinang lagi, Along akan CARI dan makan NASI KANDAR ni. Tak kisahkah, NASI KANDAR BERATUR ke, NASI KANDAR LINE CLEAR ke, atau apa-apa NASI KANDAR, InsyaAllah, Along akan beli dan makan.

Sebagai penutup CERITA, Terima Kasih tak terhingga buat Abang ARZMOHA dari Blog : www.arzmoha.com kerana sudi meluangkan masa dengan Along sewaktu Along berada di Pulau Pinang. Memang terbaik! Suatu hari nanti, kita berjumpa lagi ya? InsyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya buat kita, juga buat semua blogger-blogger di luar sana. Agak-agakkan, lepas ni, siapa pula bakal Along jumpa? Korang tu, agak-agak nak jumpa Along tak? Nak tak? Sudi-suilah kiranya ajak Along berjumpa ya? hehehe....


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...
n_n


Link Blog Abang Arz : 

AKU MAHU TERBANG BEBAS

Bismillah...
Alkisah...

Terbang tinggi
Ihsan GAMBAR dari : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat malam... Rasa sejuk sahaja dari pagi sampai lah sekarang. Sekejap hujan, sekejap berhenti. Mata ni rasa mengantuk sentiasa. Seolah-olah memujuk diri ini agar tidur untuk suatu jangka masa yang panjang. Hanya bangun untuk solat, makan dan kembali semula ke hamparan tempat tidur yang agak selesa, hanyut semula dibuai mimpi kosong yang tidak bernoknat.

Along tahu, sudah agak lama Along tidak mencoretkan sebarang coretan hati di ruangan perkongsian maya Along ni. Bukan tak rindu, cuma berlaku kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Ada sahaja perlu dilakukan sebagai seorang pelajar Universiti. Lagi-lagi sekarang ni, Along sudahpun berada di semester 7, tahun 4. Semester depan, Along perlu jalani praktikal pula. Herm... Wallahualam. Doakan Along kuat. Doakan Along agar sentiasa ada untuk kongsikan sesuatu buat korang semua.

Korang pernah tak terfikir untuk terbang bebas seperti burung? Mesti pernah kan? Sebab ianya perkara yang hampir sama, setiap seorang daripada kita berfikir apabila kita ditimpa masalah. Masalah tu, bukannya spesifik kepada masalah yang KITA SENDIRI CARI. Sebab, masalah tu, boleh datang TANPA KITA SENDIRI pinta. MASALAH ORANG pun, kadang-kadang boleh jadi masalah kita. Yelah, kita ni ibarat PENDENGAR SETIA kepada MASALAH orang lah katakan. Jadinya, ramai orang SUKA cerita masalah yang dihadapi kepada KITA. Hahaha. Betul tak? Along tahu, tak semua orang macam tu. Yang jenis macam Along sebutkan ni, faham-faham sendiri lah ya?

Jadinya, sebahagian daripada kita, akan mula berimaginasi untuk lari daripada REALITI. Berkeinginan untuk TERBANG TINGGI, TERBANG BEBAS seperti burung dengan membiarkan segala masalah jauh daripada diri. Kalau boleh, kita ingin terus terbang untuk selamanya sampailah ajal menjemput kita. Tapi, kita ni manusia. Apa kita boleh buat sekadar membayangkan sahaja perkara tersebut berlaku. Kita tahu, ianya sekadar harapan palsu. Namun, yang palsu itu lah pilihan kita untuk mencari solusi kepada permasalahan yang kita lalui.

Cumanya, pernah tak kita berfikir? Sebagai seekor burung, burung juga ada masalah? Sebagai contoh, ketika terbang. Apabila hujan, burung juga terpaksa cari tempat berteduh. Pernah tengok burung redah hujan? Pernah tengok sekumpulan burung buat formasi menarik sewaktu terbang ketika hujan? Pernah? Pernah terfikir tak bagaimana hidup burung yang kepatahan sayap? Pernah tanya pada diri, bagaimana kehidupan burung yang selalu menjadi mangsa pemburu? 

Herm... Persoalan ni, sedikit sebanyak buka mata dan minda Along sendiri. Betapa setiap makhluk ciptaan Allah itu, diberi kesenangan dan kesusahan mengikut apa yang mereka mampu lalui dan jalani. Sama ada kita menjadi hamba Allah yang BERSYUKUR atau kita menjadi hamba yang KUFUR. Itu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama. Di saat kita ditimpakan UJIAN, kita merungut? Di saat kita diberi kesenangan? Kita LUPA pada DIA? Kenapa? Sebab kita adalah MANUSIA dan MANUSIA adalah PELUPA.

Tak salah, kita berimaginasi tinggi. Asalkan kita tidak lupa bahawa kaki kita masih memijak bumi. Tak salah kita mendongak ke awanan biru, asalkan kita tidak lupa pada TUHAN yang SATU. Along sendiri pernah lari dari realiti dan cipta ruang fantasi Along sendiri. Tapi, setelah apa yang berlaku, Along sedar, itu bukan pilihan yang sepatutnya Along buat. Buat apa lari, sedangkan lambat laun REALITI itu kita perlu juga hadapi? Kan? Atau sebenarnya, kita lebih rela tanggung perkara tersebut, sehinggalah ajal menerpa diri? Pilihlah ikut SUKA, kerana Along tahu, lain orang lain CARANYA. Along sekadar berkongsi pandangan kerana Along tahu, pasti antara korang yang ada pendapat yang bertentangan.

Kita sama-sama belajar, jadi insan yang lebih baik...


Terima kasih sudi baca...


n_n
Salah UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

AKU PILIH UNTUK PERGI

Bismillah...
Akisah...

Aku pergi
Gambar IHSAN : (LINK)

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, sekarang ni, hujan turun dengan lebatnya. Guruh pula berdentum sana sani. Herm. Seolah-olah alam tahu apa Along lalui hari ni dan semalam. Allahu, berat sangat ujian. Tak memasal nangis hari ni. Tapi, Alhamdulillah, lepas nangis rasa sedikit lega. Ada orang, nak  buang segala masalah, pergi mendaki gunung. Dah sampai puncak, menjerit sekuat hati. Ada orang pula, menyelam dan tahan nafas lama-lama. Ada orang, simpan air dalam mulut, jerit dari dalam, sampai puas hati, kemudian ludahkan air ke luar tingkap. Macam-macam cara ada, keberkesanannya berbeza.

Kenapa ek? Kadang-kadang tu, perkara atau masalah yang telah lama kita cuba lupakan, kembali semula kepada kita? Sesuka hati sahaja dia nak hadir bila-bila masa. Herm, dah tahu kita ni bukan jenis yang kuat hadapi masalah tersebut, EH! Datang juga. Sabar je lah. Nak halang, ianya hadir, tak boleh. Sebab dah hadir dah pun. Hadap sahajalah kan? Tapi, jujur, rasa tak kuat! Hahaha. Apa? Sebab perkara ni Along tak tulis apa-apa kat blog? Macam tu? Eh, taklah. Baru je berlaku semalam, bawa ke hari ni. Bukannya dah Along lalui untuk seminggu pun. Jangan salah anggap ok?

Herm, Ya, Along sedar. Bila Allah takdirkan sesuatu, ianya tetap akan berlaku atas aturannya. Tidak lambat mahupun cepat. Siapa kita untuk tolak takdir? Siapa kita untuk persoalkan takdir? Tahu. Tapi, bila tiba-tiba masalah tu hadir, hah! Tiba-tiba, tanpa kau pinta?! Macam mana tu? Agak makan masa sebenarnya untuk hadapinya. Betul tak? Tapi, Alhamdulillah, sebabkan agak bersedia, Along nangis tu sekejap sahaja. Along berjaya tenangkan diri setelah beberapa ketika( Fuh,BANGGA dengan diri sendiri).

Jangan risau, Along ok. Along tak mengalami gangguan jiwa pun. Along tak rasa tertekan pun. Stress pun tak. Alhamdulillah, Jiwa Along tenang. Along sudah pun boleh menerima takdir dengan berlapang dada serta hati yang terbuka. Cuma, Along buat keputusan untuk pergi. Eh? Bukan pergi daripada menjadi seorang BLOGGER atau VINER atau VLOGGER. Tapi, pergi dari hidup dia sepenuhnya. Eh? Dia! Alamak! Dah-dah! Jangan tanya siapa DIA tu! Abaikan tahu? Hahaha. Tapi, apa yang bakal berlaku di masa hadapan, biarlah takdir Allah menentukannya. Along tak mahu merancang apa-apa lagi. Cukuplah. Korang doakan yang terbaik untuk Along ya? :)


Terima Kasih Sudi Baca
n_n


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH...