BORAK DENGAN NENEK
Bismillah...
Assalamualaikum dan selamat petang buat semua. Sihat? Aku tanya ni bukan apa, sebab kebelakangan ni kan cuaca panas memanjang. Kebanyakan ahli keluarga aku sendiri mengalami demam yang agak teruk. Aku sendiri, baru juga baik daripada demam. Aku ni, kalau demam, terasa lemah sangat badan. Tekak aku, perit dia tu, Allahu, bila batuk-batuk pasti macam nak tercabut anak tekak. Lidah, dipenuhi mata ikan halus sehingga menyukarkan untuk aku makan mahupun minum. Herm... Allahu... Ujian... Sebab tulah aku ni jarang demam. Aku akan jaga sehabis baik kesihatan aku supaya tak demam. Tapi, bila dah takdirnya demam, haha! Apa boleh buat, teruknya mengalahkan ibu mengandung! Eh? gurau-gurau. Ibu mengandung tu lagi sakit.
#TabikHormatBuatIbuMengandung.
Entry ni aku peram dah agak lama... Bukan tak nak tulis, ada sahaja perkara yang aku perlu utamakan terlebih dahulu. Maaf bagi yang menunggu. Herm... Entry kali ni mungkin akan banyak olahannya, harap korang mudah faham dan mudah hadam. Bersama-samalah kita menjadi anak yang soleh dan solehah hendaknya...
BORAK DENGAN NENEK | Jarang sekali aku ada masa untuk borak dari hati ke hati dengan nenek sebelah emak aku. Mana tidaknya, setiap kali balik kampung, biasanya aku akan terus buat hal sendiri memabdangkan aku malas kacau orang-orang tua berbual. Tapi, beberapa minggu yang lalu, aku berkesempatan pulang ke kampung sendirian untuk menghantar barang ke rumah atok nenek.
Takkab sekadar hantar barang dan terus balik... Ye tak? Dah sampai tu, mestila rehat-rehat dahulu. Kebetulan atok aku tidur, nenek pula sendirian di dapur untuk masak makanan tengah hari. Jadinya, aku pun teman nenek berbual-bual. Dalam perbualan kami, begitu banyak nenek beri nasihat kepada aku yang aku kira, ianya baik untuk dikongsikan kepada korabg semua untuk kita sama-sama muhasabah diri.
1) PERKAHWINAN
Nenek cakap, nak kahwin perlu pilih pasangan yang betul. Perlu pilih kerana agamanya. Kalau pilih kerana rupa atau harta, maka mudah runtuhlah satu-satu institusi pernikahan. Nenek cakap berdasarkan pengalaman yang berlaku dalam keluarga kami juga. Berkaitan dengan pak cik dan mak cik aku, yang akhirnya bercerai... Tidak perlu tahu cerita panjangnya, cukuplah aku katakan, perkahwinan kedua pakcik aku adalah takdir terbaik yang aku nampak mengikut mata kasar aku. Kerana isteri keduanya sangatlah baik akhlaknya berbanding bekas isterinya yang terdahulu.. Wallahualam...
2) HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA
Nenek cakap, jangan pernah benci ibu bapa kita walaupun banyak perkara yang kita tidak puas hati dengan mereka. Jaga hubungan kita dengan ibu bapa kita kerana merekalah yang telah melahirkan, menjaga serta membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang mereka. Mungkin kita rasa terkongkong, rasa semua benda kita tak boleh buat. Tapi, percayalah, itu semua ibu bapa buat demi kebaikan kita.
3) KISAH ANAK DERHAKA
Nenek cakap lagi, sebagai seorang anak, sejauh mana kita tidak suka tindakan ayah atau emak kita, janganlah sesekali kita jadi anak derhaka. Hanya kerana emak dan ayah tidak ada sefahaman lagi, dan menjadikan cerai sebagai solusi hubungan mereka, anak-anak janganlah sampai membenci salah seorang daripada emak dan ayah mereka. Si ayah, mahupun emak, janganlah pula menjadi batu api dengan cara menimbulkan rasa benci dalam diri anak-anak terhadap antara satu sama yang lain. Contoh ni juga berlaku dalam keluarga besar kami, tapi, Alhamdulillah.. Sepupu aku tu akhirnya sedar daripada kesilapan dia dan sudah kembali berbaik dengan emak dan ayah kandungnya..
4) KISAH HAJI DAN MEKAH
Nenek cakap, duit... Kalau kita kumpul banyak mana sekalipun, takkan pernah cukup. Duit juga, takkan mampu untuk kita bawa ke mati kerana duit-duit yang terkumpul akhirnya akan kita serahkan kepada waris yang tinggal setelah kita menghadap Ilahi kelak. Berapa ramai yang mampu pergi haji, tapi tidak pergi? Sedangkan, haji itu rukun Islam yang ke-5... Wajib ke atas mereka yang berkemampuan. Allah tak tuntut kita pergi haji setiap tahun. Cukuplah sekali seumur hidup.
Bab Haji ni, aku nampak keseronokan yang tergambar di wajah mak ayah aku yang baru sahaja pulang dari umrah baru-baru ni. Ayah aku siap merancang untuk pergi lagi... Kalau tak, sebelum ni, ayah asyik tangguh sahaja niatnya untuk pergi, yelah, mungkin belum bersedia mengikut kata orang-orang lama. Tapi, percayalah, sedia atau tak, bila dah mampu, silakan pergi, tak mampu pergi haji, mulakan dengan umrah. Rasai sendiri keadaan dan suasana di sana. InsyaAllah, korang akan rasa seronok dan sedih untuk kembali ke tanah air.
5) KISAH ANAK BAWA IBU BAPA PERGI HAJI
Nenek cerita, Pak de (pakcik no. 3)... Masa zaman belajar dia, melalui kehidupan yang payah. Yelah, nenek dan atok aku bukan orang yang senang. Anak-anak nak sambung belajar terpaksa pinjam sana pinjam sini. Emas pula, terpaksa digadaikan mana yang ada. Sehingga suatu saat, Nenek dan Atok berhajat nak pergi haji, tapi, tidak berkemampuan, maka mereka menangguh hajat mereka demi anak-anak mereka.
Pak de, di usia mudanya sekitar 20-an, telah berjanji untuk bawa atok dan nenek menunaikan haji setelah dia bekerja menggunakan gaji yang akan dikumpulnya. Dan, Alhamdulillah, janji bukan tinggal janji. Janji dari seorang anak yang menepati janji. Di usia muda, Pak de bawa nenek dan atok pergi menunaikan haji mengikut apa yang telah diungkapkannya sewaktu dia masih belajar dahulu. Allahu... Aku mahu jadi seperti pak cik aku, permudahkanlah urusanku dan keluargaku dalam menjana kewangan untuk kami bersama-sama pergi menunaikan haji secepat mampu kami...
6) ATOK DAN NENEK BAB MAKAN
Cerita ni sekadar selingan, namun tetap ada nasihatnya. Nenek cerita, Atok, kalau pergi pasar, macam-macam ikan mahal ingin dibelinya. Tapi, bila di masak, tidak pula dimakannya. Rezeku tu tidaklah bazir memandangkan rumah makcik-makcik aku sekitar situ juga. Jadinya, makcik-makcik aku dan sepupu-sepupu aku, bila balik sahaja sekolah, akan pergilah rumah nenek, makan... Aku sendiri, bila balik kampung, akan makan apa yang nenek aku masak. Nenek aku masak sedap tahu! Hehe..
Cuma tulah, nenek cakap... Selagi nenek sihat, bolehlah nenek masak jaga atok. Tapi, nanti, bila nenek sakit, siapalah yang nak masak, nak kemas rumah, nak jaga rumah dan juga atok? Herm... Pertanyaan ni, berat untuk aku jawab.. Aku sekadar mengangguk dan memberi senyuman kepada Nenek...
#NenekkuHebat #TerimaKasihNenekAtasNasihatIni
Terima kasih sudi baca...
n_n
Adios...
Maassalamah...

6 orang telah tinggal komen: